Daisypath Anniversary tickers

Why do you marry me?

Assalamualaikum reader. Tajuk post arini, "Awak kenapa kahwin dengan saya?"..
Hidup penuh dengan kejutan yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku sejam nanti, hari esok, dan seterusnya, lebih senang untuk difahami dengan 'urusan Allah SWT'.. Jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan nya.. Kisah nya bermula dengan seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang tidak di kenali nya. Namun ia bukan la satu masalah bukan? Dengan sekali lafaz, Fatimah Az-Zahrah telah sah menjadi isteri kepada Abdul Rahman bin Abdullah. Ya seorang perempuan pabila sudah sah menjadi hak orang lain akan menitiskan air mata yang tiada makna nya. Kenapa saya cakap tiada makna nya? Setiap perempuan di dunia ini, ingin menamatkan zaman bujangnya dengan perkahwinan, dan pasti gembira akan hari bahagianya itu. Namun, mengapa bersedih? Perasaan bercampur baur ketika itu. Anda tidak pasti akan perasaan anda itu bukan? :) Sesunguhnya, saya mengerti setiap perempuan seperti saya akan bahagia apabila sudah dimiliki secara SAH kepada seorang lelaki yang bersikap zuhud. Alhamdulilah aku juga ingin kan sebegitu. Setelah siap berakad nikah Zahrah dan suaminya pulang ke rumahnya. Abdul Rahman risau melihat isterinya yang dari tadi hanya diam membatu di sofa rumah mereka. Lalu Abdul Rahman bertanya kepada isterinya..


"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" dan isterinya hanya mampu menggelengkan kepalanya menunjukkan bahawa dia tidak apa-apa.
"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanya isterinya..
"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balas suaminya dengan nada yang tenang..
Lalu di sambungkan lagi dengan "Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," jawabnya lagi..
Isterinya tersentuh dengan kata-kata suaminya yang menusuk kalbu. Air mata nya tidak dapat dibendung lagi, si isteri menangis sepuas-puasnya lalu si suami memluknya erat..
Lalu si isteri berkata dalam seduan "Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," si isteri menduga suaminya lagi..
Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"
"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." tanpa sempat si isteri menghabiskan ayat terakhirnya, si suami melekapkan jari nya di mulut isterinya.
"Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak." tenang suaminya menjawab pelbagai persoalan..
Si isteri menbalasnya dengan "Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang"
Dan akhirnya si suami berkata "Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?"
Dan si isteri menganguk menunjukkan si isteri mempercayai isterinya.. TAMAT

Mengapa saya mengambil artikle ini? Kerana.. "Abang berkahwin dengan Zahrah kerana ALLAH". Ya Allah, bertapa zuhud nya laki ni.. Lelaki yang merupakan ciri suami yang saya inginkan.. Bersabar walaupun si isteri menduganya, melayani isterinya dengan lemah lembut, bercakap dengan penuh menjaga perasaan isterinya. Mampu kah anda melakukan seperti ni wahai kaum adam kini? Mampukah anda? Artikle ini tiada maksud yang tersirat atau tersurat, sekadar ingin berkongsi, dan bermuhasabah diri SAYA sahaja, jika anda turut merasai benda yang sama seperti saya Alhamdulilah~ Sekian
Assalamualaikum